Description
Kaedah Hadir kepada semua adik-beradik yang sesuai dengan umur. Jika tingkah laku yang tidak wajar disyaki, dapatkan nasihat profesional yang berkelayakan.
Dalam eWorkBooklet ini, ia akan menerangkan bagaimana ibu bapa boleh mengaplikasikan Goulding Method for Children yang paling asas (Tahap 1), kepada anak-anak mereka. eWorkBooklet ini hanya mempunyai 12 muka surat, tetapi melingkupi penerangan yang mudah difahami dan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak mereka sedang tidur. Ibu bapa boleh mempratikkan ing ini setiap malam dan hanya perlu bercakap dengan anak-anak mereka yang sedang tidur, hanya selama 2 minit. Goulding Method for Children ini boleh membantu anak-anak bangun di waktu pagi, lebih tenang, gembira dan menjadi lebih penuh bersemangat dan berkeyakinan untuk mengharungi cabaran harian. Dengan ini, anak-anak boleh menerima manfaat daripada perubahan-perubahan positif untuk sepanjang hayat. ing ini merangkumi proses yang penuh dengan kasih sayang, selamat dilakukan, murah dan beretika.
Ibu bapa juga boleh mendapat bantuan yang berkaitan dengan isu-isu seperti pembangunan ketahanan emosi (developing emotional resilience), enuresis (bedwetting), persaingan di antara adik-beradik (sibling rivalry), pengurangan tantrum (reducing tantrum), dan pengurusan dalam kebimbangan perpisahan (dealing with separation anxiety). Oleh itu, anda boleh melayari laman web: www.gouldingconsultants.com untuk mencari penasihat (consultant) yang berlesen.
Fikiran yang berada dalam minda anak-anak, yang ditanami oleh kita, memainkan peranan yang lebih penting daripada kita memberi benda-benda kepada mereka. Jika anda ingin memahami dan mendapatkan maklumat-maklumat yang lebih jelas tentang Goulding Method for Children (tahap 1), anda boleh membeli buku atau audio yang lengkap melalui laman web ini.
Selepas anda siap proses pembelian, laman web ini akan menunjukkan satu halaman web bersama dengan satu Download link. Download link ini juga akan dihantarkan kepada emel anda yang digunakan semasa proses pendaftaran sebagai pelanggan. Jika anda tidak menerima emel tersebut, sila pastikan emel ini tidak dihantarkan ke Junk mailbox. Kami menasihatkan anda untuk menggunakan alamat emel selain daripada alamat emel Hotmail anda. Hal ini kerana alamat emel Hotmail sentiasa akan bermasalah dalam penerimaan emel ini.